pLaNeT kUchiNg

June 17, 2009

peNawAr kePenataN

Filed under: renUnGan bErsaMa — planetkuching @ 6:06 am

Penawar Kepenatan, amalkan…   <>
<>   <>
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di
rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar
oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah
sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin
Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling
gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia
dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.”

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta
menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa
yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali
dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu
berdua daripada seorang khadam.”

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan
menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.
ini.

Katanya “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
diajarkan kepadaku.”

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali)
dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan
mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-
Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian
kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan
senyuman.

“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun”
(Sabda Rasulullah SAW)

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Advertisements

June 15, 2009

Konflik Israel Palestin

Filed under: renUnGan bErsaMa — planetkuching @ 1:44 am

Ubah dengan tangan, atau ubah dengan mulut/pena….. setidak-tidaknya bencikan dengan hati…..selemah-lemah iman……..Allahu Akbar. Jika tidak sanggup berjuang mengorbankan nyawa, bantulah mereka dengan memanjatkan doa kepada Allah Rabbu Jalil mohon BantuanNya.

ALLAHU AKBAR, SESUNGGUHNYA MEREKA BUKAN HANYA MEMPERTAHANKAN NEGARA PALESTINA TAPI JUGA MEMPERTAHANKAN KESUCIAN MASJIDIL AQSA , YG MERUPAKAN QIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM. SEMOGA MEREKA WAFAT DALAM KEADAAN SYAHID, INSYA ALLAH. MARILAH KITA BERDO’A SEMOGA ALLAH MENURUNKAN “BALA BANTUAN-NYA

MIDEAST-PALESTINIAN-ISRAEL-CONFLICT-GAZA

 

MIDEAST-PALESTINIAN-ISRAEL-CONFLICT-GAZA

 

PALESTINIANS-ISRAEL/VIOLENCE

 

APTOPIX MIDEAST ISRAEL PALESTINIANS

 

APTOPIX MIDEAST ISRAEL PALESTINIANS

 

MIDEAST ISRAEL PALESTINIANS

 

MIDEAST-PALESTINIAN-ISRAEL-CONFLICT-GAZA

 

APTOPIX MIDEAST ISRAEL PALESTINIANS

 

MIDEAST-PALESTINIAN-ISRAEL-CONFLICT-GAZA

June 12, 2009

Al Ikhlas

Filed under: renUnGan bErsaMa — planetkuching @ 1:57 am

ﻪﺗﺎﮐﺭﺑﻭ ﷲﺍﺔﻣﺣﺭﻭ ﻢﻛﻴﻠﻋ ﻢﻼﺳﻟ ﺍ

Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan

Kerja Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

May 22, 2009

Lima jenis sabar

Filed under: renUnGan bErsaMa — planetkuching @ 3:13 am

SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.

Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.
Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja’ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut ‘dabtun nafs’ dan lawannya ‘al-batr’.

Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.

Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: “Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (Ali-Imran:200)

Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.

Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:

  • Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.
  • Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.
  • Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

    5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.

    Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.

  • nasihat PerCIntaan

    Filed under: renUnGan bErsaMa — planetkuching @ 1:18 am

    Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada dijalan raya. sepenjang perjalanan kami pasti akan melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk kamu lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan.. begitu jugalah percintaan kamu.. oleh itu, patuhi peraturan berikut:-

    DILARANG U-TURN
    Sekiranya sudah putus sebaliknya jangan berpatah balik. buat sakit hati sehaja. yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya.

    JALAN DUA HALA
    Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk jadi pendengar yang setia. begitulah berlaku sebaliknya

    SEDANG DALAM PEMBINAAN
    Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman semula. laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. jangan terlalu memaksa dan terdesak. jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru

    PEJALAN KAKI
    Biarkan si dia beralu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti

    JALAN BENGKANG BENGKOK
    Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. jangan mudah tidak tepati janji

    JALAN SEMPIT
    ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tidak bertolak andur pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri

    AWAS! JALAN BERBUKIT
    Hati-hati! hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan kamu. Fikirk sebaik-baiknya, cuba harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain

    JARAKKAN KENDERAAN
    Biarpun kamu berdua sudah ‘declare’ sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. itu lebih bahaya!!!

    fiKir-fiKiRlahh….

    Filed under: renUnGan bErsaMa — planetkuching @ 1:15 am

    Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
    Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
    Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
    Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
    Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
    Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
    Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
    Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
    Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
    Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
    Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
    Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
    Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
    Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
    Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
    Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
    Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

    think

    Blog at WordPress.com.