pLaNeT kUchiNg

July 12, 2009

Datuk Seri Najib Tun Razak

Filed under: pOLitiK mALaYsiA — planetkuching @ 3:39 am

Pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak

Pada 3 April 2009, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Tun  Abdullah Ahmad Badawi. 

Datuk Seri Najib menegaskan bahawa beliau akan membawa pembaharuan bagi menjelmakan kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat, selari dengan slogan “Satu Malaysia, Rakyat Diutamakan, Pencapaian Didahulukan”.

Dimulakan dengan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta membuat kajian semula terhadap akta tersebut, juga menarik balik larangan penerbitan Harakah dan Suara Keadilan berkuat kuasa serta merta.

Kesan kepada Kerajaan:
     Perubahan politik ini akan merubah corak pemerintahan negara, ironinya setiap pemimpin yang menjadi Perdana Menteri mempunyai strategi yang tersendiri untuk mentadbir urus negara dengan baik.

Kesan kepada ekonomi:
     Para pelabur akan terus melabur dalam negara disebabkan keadaan ekonomi dan politik yang terus stabil dibawah pemerintahan Perdana Menteri yang baru, dan seterusnya memberangsangkan keadaan ekonomi semasa negara.

Kesan kepada rakyat:
    Peralihan kuasa ini akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pemerintah.

Sumber Maklumat:
Jabatan Penerangan Malaysia
April, 2009

Parlimen Malaysia

Filed under: pOLitiK mALaYsiA — planetkuching @ 3:37 am

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

 

 

PARLIMEN MALAYSIA

 

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri

Struktur Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-

1. Yang Di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat

Blog at WordPress.com.