pLaNeT kUchiNg

June 16, 2009

NIZAR-MP BARU

Filed under: isU-isU sEmAsA — planetkuching @ 2:06 am

Nizar buat kecoh lagi

KUALA LUMPUR 15 Jun – Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin diperintah keluar Dewan tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah di Dewan Rakyat hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bertindak demikian kerana bekas Menteri Besar Perak itu dilihat menjadi punca ahli- ahli Parlimen pembangkang lain bertindak menyalahi etika berpakaian Parlimen dengan memakai lilitan kepala, songkok dan lengan yang tertera perkataan ‘Bubar DUN.’

Mereka juga bertindak melaungkan ungkapan ‘hidup rakyat’ dan ‘bubar Dewan (Undangan Negeri Perak)’.

Turut diarahkan keluar dan tidak dibenarkan menghadiri sesi sidang Dewan Rakyat selama dua hari ialah enam wakil rakyat pembangkang lain kerana ingkar dengan arahan Yang Dipertua supaya membuka lilitan berwarna hitam berkenaan.

Kekecohan bermula sejurus selepas Mohammad Nizar mengangkat sumpah apabila beliau terus memakai lilitan berkenaan di kepalanya dan kemudian mengangkat tangan sambil melaungkan; ”Hidup, hidup. Hidup rakyat. Bubar Dewan.’

Turut dilihat memakai lilitan itu ialah dua ahli Parlimen pembangkang dari Perak iaitu Datuk Ngeh Kor Ham (DAP-Beruas) dan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) sambil melaungkan ungkapan yang sama.

Pelawat di galeri awam yang dipercayai penyokong Mohammad Nizar juga dilihat memakai lilitan berkenaan di kepala dan lengan mereka sambil melaung perkataan ‘bubar, bubar’ manakala wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pula melaung-laungkan perkataan ‘keluar, keluar’.

Pandikar Amin meminta tiga ahli Parlimen pembangkang itu menghentikan perbuatan mereka kerana Dewan Rakyat bukannya pasar.

Arahan ini kemudian dipatuhi oleh Mohammad Nizar, manakala Kor Ham dan Kor Ming pula tidak mengendahkannya.

”Tolong Yang Berhormat (YB), duduk YB dan buka apa yang di atas kepala kerana ini tidak termasuk dalam Peraturan Mesyuarat Dewan. Saya minta semua YB supaya jangan buat Parlimen Malaysia seperti DUN Perak dan tempat-tempat lain.

”Belum pernah berlaku dalam Parlimen Malaysia perkara sebegini dan saya beri amaran kepada semua supaya duduk dan patuh kepada Peraturan Mesyuarat. Sila buka apa yang di atas kepala, kerana ini bukan antara pakaian kita.

”Oleh kerana kedua-dua YB (Kor Ham dan Kor Ming) ingkar, tolong keluar. Bentara jalankan tugas, sila keluar,” kata Pandikar Amin.

Beliau kemudian turut mengarahkan Mohammad Nizar keluar.

”Oleh kerana angkara ini dimulakan oleh wakil rakyat baru, dia juga saya minta keluar sekarang.” katanya.

Selepas itu, Pandikar Amin turut mengarahkan beberapa wakil rakyat pembangkang lain keluar setelah mereka dilihat terus memakai lilitan berkenaan.

Mereka ialah Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena), N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli (Pas-Kuala Krai) yang semuanya bertindak meninggalkan Dewan tanpa membuang lilitan berkenaan.

”Ok siapa yang pakai itu, oleh kerana mahu keluar, sila keluar. Saya tidak akan mulakan persidangan sehingga arahan saya dituruti,” tegas Pandikar Amin.

Ketika itu kedengaran teriakan dari tempat duduk penyokong kerajaan ‘samseng, keluar’ manakala dari arah tempat duduk pembangkang turut kedengaran laungan ‘bodoh’ dan ‘bubar-bubar.’

Menurut Pandikar Amin, apa yang berlaku di Dewan Rakyat hari ini ialah seperti budak-budak berusia dua tahun yang bertengkar di jalan raya.

”Ahli-ahli YB, banyak perkara lain yang perlu dibincangkan demi kepentingan rakyat termasuk soalan-soalan yang dikemukakan pada sesi soal jawab. Ahli-ahli YB suka sangat bertengkar, ikut kepentingan kamu semua,” luahnya dengan nada kecewa.

Tambah Pandikar Amin, beliau tidak akan menyampaikan ucapan alu-aluan seperti kebiasaan selepas wakil rakyat baru mengangkat sumpah.

Beliau berkata, ucapan aluan bagi menyatakan harapannya supaya wakil rakyat terbabit memberi sumbangan sebaik mungkin ketika perbahasan dan mengikut segala peraturan Dewan tidak akan dibuat kerana kecewa dengan perbuatan Mohammad Nizar hari ini.

”Atas peraturan mana apabila seseorang ahli Parlimen pembangkang, lepas angkat sumpah akan berteriak. Mana, tidak ada.

”Kita masuk Dewan mesti tertib, pakaian mesti tertib. Kalau sudah pakai lilitan di kepala, ini bukan tertib lagi pada penglihatan saya. Sebab itu saya tidak akan buat ucapan alu-aluan,” tegasnya.

Suasana kecoh berkenaan berlangsung selama kira-kira 20 minit dan selepas itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bangun untuk menjawab soalan pertama pada sesi soal jawab yang menyentuh mengenai gagasan 1Malaysia.

Mohammad Nizar menang pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April lalu selepas memperoleh majoriti 2,789 undi.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang memperoleh 19,071 undi dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris yang hanya menerima 62 undi serta hilang wang pertaruhan.

p/s: erm x paham dgn ahli parlimen pembangkang…nape teruk sgt…xde displin ka? begini ker nak memimpin rakyat? kalau pun buat la cr saluran yg betul..jgn la nak memperkotak-katikan PARLIMEN….ingat semua org sokong ka u!!!…ermmm….ckp sennaangg la..buat la btl..barula tgk..

ni kalau kalah bgtau bn rasuah la fitnah tulah…..tp bila part u boleh pulak yer…xde papa…kalau org lain x boleh..hanyak pihak u jer betul kan….hanya tau menuding jari kesalahan org tapi sendiri tarak tau….buat malu PAS jer…

Kalau bn kalah xde bunyi pun..ni tandanya BN memang berjiwa rakyat….u apa tau….utk semua penduduk MALAYSIA..sokong la BN…dan Pakcik  Najib…our PM tetap di hati kami…usahalah dgn lbh lagi utk memajukan MALAYSIA YANG BERHORMAT…HIDUP PAKCIK NAJIB..

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: