pLaNeT kUchiNg

May 22, 2009

WHO: Kes H1N1 terus meningkat

Filed under: Berita Hari ini — planetkuching @ 1:16 am

TOKYO 21 Mei – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, jumlah kes jangkitan influenza A (virus H1N1) di seluruh dunia kini telah meningkat kepada 11,034 dengan 85 kematian.

WHO menyatakan, sebahagian besar daripada 791 kes baru dilaporkan di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat (AS).

Mexico mengesahkan tiga lagi kematian akibat H1N1 sementara AS mengesahkan dua kematian berbanding kes yang dilaporkan semalam.

Sementara itu, dua kes pertama selesema babi disahkan di ibu negara Jepun ini hari ini, memaksa pihak berkuasa meningkatkan langkah-langkah pencegahan wabak tersebut daripada merebak.

Harga pesanan menerusi Internet turut melonjak bagi ubat antivirus, Tamiflu yang lazimnya hanya boleh didapati menerusi preskripsi.

Dua pelajar perempuan sekolah menengah Jepun yang melawat New York baru-baru ini, bagi menghadiri satu Persidangan Model Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjadi kes pertama disahkan dijangkiti virus H1N1 di Tokyo.

Kedua-dua pelajar itu dipercayai dijangkiti virus tersebut ketika berada di luar negara.

“Influenza ini semakin merebak di negara ini, kerana itu kami mengalihkan perhatian daripada langkah untuk menyekatnya di pintu sempadan kepada langkah pencegahan di dalam negara,” kata Menteri Kesihatan dan Kebajikan, Yoichi Masuzoe.

Beliau menggesa penduduk supaya bertenang dan menjelaskan bahawa fokus kerajaan adalah untuk mencari keseimbangan antara melindungi kesihatan penduduk dengan memastikan tidak meletusnya panik.

Dua kes di Tokyo itu menjadikan jumlah kes yang disahkan di Jepun meningkat kepada 267 sehingga pagi ini.

Sementara itu, harga Tamiflu yang dipesan menerusi Internet terus melonjak, dengan pembekal ubat mengenakan harga antara 7,000 yen hingga 12,000 yen (RM266 hingga RM461) bagi sekotak mengandungi 10 pil.

Ubat antivirus itu selalunya boleh didapati menerusi preskripsi dengan harga kira-kira 3,000 yen (RM114) bagi 10 pil. – AP

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: