pLaNeT kUchiNg

May 21, 2009

10,000 kes H1N1 disahkan di seluruh dunia

Filed under: Berita Hari ini — planetkuching @ 1:52 am

GENEVA 20 Mei – Jumlah kes selesema babi yang disahkan di seluruh dunia melepasi 10,000 hari ini dan krisis tersebut semakin memburuk di Asia walaupun usaha keras dijalankan di kebanyakan negara bagi membendung penularan virus influenza A (H1N1). Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Fadela Chaib berkata, sebanyak 10,243 kes wabak tersebut disahkan sehingga hari ini di 40 buah negara, dengan 80 kematian. ”Berlaku peningkatan 413 kes dalam masa 24 jam lepas,” katanya. Kebanyakan daripada kes yang meningkat direkod di Amerika Syarikat (AS), di mana pihak berkuasa mengenal pasti pertambahan 346 kes kepada 5,469 kes di 47 negeri. Menurut pihak berkuasa kesihatan Mexico, bilangan pesakit yang maut akibat virus itu mencecah 76 orang, sementara jumlah jangkitan yang disahkan meningkat hampir 100 kepada 3,660 kes dalam masa 24 jam. Di Amerika Syarikat (AS), seorang lelaki yang baru pulang dari Mexico menjadi korban kelapan akibat virus berkenaan, selepas dia dilaporkan meninggal dunia semalam. Di Jepun, wilayah Shiga menjadi kawasan ketiga mencatat jangkitan domestik selepas Kobe dan Osaka, apabila seorang lelaki berusia 20-an disahkan positif dijangkiti virus itu selepas pulang dari Kobe. Hab komersial barat di Kobe pula terus kekal sebagai lokasi terjejas teruk akibat jangkitan wabak itu dengan lebih 36 kes baru disahkan pagi ini. Pakar memberi amaran, virus tersebut mungkin melanda Tokyo, bandar yang dihuni paling ramai penduduk di dunia dengan kira-kira 36 juta orang. Taiwan pula mengumumkan kes pertama wabak itu, sementara Australia melaporkan dua kes baru termasuk satu yang melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun. WHO semalam memaklumkan bahawa kes-kes penyebaran virus tersebut meningkat kepada lebih 1,000 berbanding sebelumnya dengan 9,830 jangkitan dikesan di 40 negara, termasuk 79 kematian. Sementara itu, Menteri Kesihatan Mexico, Jose Angel Cordova berkata, pegawai negaranya percaya penularan virus tersebut kini semakin berkurangan di Mexico. Di sebalik kenyataan itu, sebanyak 12 kes dikesan di Columbia serta 10 lagi yang direkod di Chile menggambarkan virus berkenaan terus menular di seluruh Amerika Latin. – AFP

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: