pLaNeT kUchiNg

May 15, 2009

Labuann…diselebungi asap hitaamm

Filed under: Berita Hari ini — planetkuching @ 3:23 am

LABUAN: Kira-kira 3,000 orang hilang tempat tinggal dalam kebakaran yang berlaku di penempatan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) di Kampung Muslim dekat sini, semalam.

Kebakaran pada 11.30 pagi itu memusnahkan hampir 270 daripada 450 kediaman, menyebabkan keluarga dan kanak-kanak yang terjejas terpaksa mencari perlindungan sementara di Dewan Orang Ramai Perbadanan Labuan.

Ini kali kedua penempatan UNHCR, yang dihuni oleh penduduk setempat dan warga Filipina yang memegang dokumen IMM13 atau pas kerja, terbabit dalam kebakaran sejak 1996.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Labuan, Irwan Husin, berkata lebih 120 anggota bersama enam jentera dari Balai Bomba Labuan, Balai Bomba Jawa dan Balai Bomba Layang-Layangan tiba di tempat kejadian pada jam 11.45 pagi selepas menerima panggilan lima minit sebelumnya.

“Angin kuat dan cuaca panas menyukarkan kerja menyelamatkan 270 kediaman terbabit. Bagaimanapun, api dapat dikawal daripada merebak ke 180 unit kediaman lain,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, anggota Bomba Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Bekalan Air, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Polis Diraja Malaysia, Rela dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut membantu operasi memadam kebakaran serta menyelamatkan mangsa.

Irwan berkata, punca dan jumlah kerugian masih disiasat.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan sehingga jam 3.15 petang semalam.

Seorang penduduk, Abidin Julahi, 35, berkata beliau sedang berbual bersama keluarganya ketika kebakaran berlaku.

“Waktu itu jam 11.30 pagi, saya terdengar jeritan kuat di luar rumah saya… asap… asap… asap, dan selepas saya tengok, kebakaran itu merebak dekat dengan rumah saya. Tiada apa yang dapat saya lakukan selain menyelamatkan harta benda dan anak-anak.

“Kami anggarkan hampir 800 buah rumah di empat blok musnah,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

p/s; dr belakang opis ku nampak jak asap hitam dr kul 1130am – 4.00pm……erm itam jak asap nyaa..

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: