pLaNeT kUchiNg

April 22, 2009

Remaja ganggu rakan tidur maut ditetak

Filed under: Berita Hari ini — planetkuching @ 1:31 pm

Remaja ganggu rakan tidur maut ditetak

TUARAN 21 April – Gara-gara mengganggu rakan yang sedang tidur, seorang remaja maut selepas ditetak dengan parang di sebuah gerai di Kampung Simpang Rungus Penansawa, Kiulu kira-kira 60 kilometer dari sini semalam.

Mangsa, Alexsious Rosidi, 16, seorang penoreh getah ditetak di dada dan pipi cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.35 petang ketika mangsa dikatakan mengganggu suspek yang sedang tidur.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Supritendan Suhaimi Wiro berkata, mangsa yang ditemui mati dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di kawasan gerai berkenaan hanya berseluar pendek.

“Polis turut menemui sarung parang yang terikat pada pinggang mangsa. Terdapat kesan luka sepanjang 10 sentimeter di dada dan enam sentimeter di pipi mangsa.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 41 tahun yang dipercayai suspek dalam kes itu ditemui berlumuran darah akibat cedera parah di bahagian belakang leher dan dagu.

Suhaimi berkata, suspek yang bekerja sebagai juru pandu bot kini dirawat di hospital yang sama.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa dan suspek saling mengenali antara satu sama lain dikatakan mabuk selepas minum minuman keras yang dijual di gerai tersebut.

“Berlaku pertengkaran antara mereka yang dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa mengganggu suspek sedang tidur. Berikutan rasa tidak puas hati, mangsa dikatakan telah menetak suspek di bahagian belakang leher dan dagu menggunakan parang.

“Selepas terkena tetakan itu, suspek dikatakan telah menolak mangsa dan mengambil parang lalu menetak mangsa di bahagian dada kiri dan pipi,” katanya.

Suhaimi menambah, sepasukan anggota polis yang diketuai Asisten Supritendan Mohd. Taufik Maidin bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat mengenai pergaduhan itu.

p/s: rakyat m’sia semakin tidak keruan dah kinek tok…erm mcm ni boleh jd mcm tok….ada kajian ka? ada sesapa boleh komen ka? kenak rakyat msia boleh jd mcm tok…erm semakin tertekan ka dgn hdp?..dolok kt jarang dgr kes bunuh yg mcm tok…(or dunia semakin mengecil kerna dgn mudah kita utk mendapat maklumat time to…) tp aher2 tok..mcm2 jak kes bunuh yg berlaku…yg aneh2 n x disagka oleh kita sbg rakyat Msia

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: