pLaNeT kUchiNg

April 21, 2009

Minta Majlis Raja-Raja Melayu buat ketetapan

Filed under: isU-isU sEmAsA — planetkuching @ 6:40 am

Minta Majlis Raja-Raja Melayu buat ketetapan

ALOR SETAR 20 April – Persatuan Kerabat Diraja Kedah meminta Majlis Raja-Raja membuat satu ketetapan untuk menyeru rakyat supaya kembali kepada budaya asal yang menghormati institusi kesultanan di negara ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata, perkara itu perlu dilakukan dengan segera memandangkan semakin banyak pihak yang memandang remeh soal menghormati raja-raja yang menjadi simbol kekuatan negara ini.

“Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sendiri sudah menegur tindakan kumpulan politik yang cuba menghasut rakyat untuk mencemar institusi diraja.

“Oleh itu, Majlis Raja-Raja tidak boleh berdiam diri dan segera bertindak untuk memastikan rakyat negara ini sentiasa memberi sokongan kepada institusi kesultanan negara ini,” katanya ketika ditemui di Istana Kuning di sini hari ini.

Menurut beliau, keadaan yang berlaku sekarang amat membimbangkan dan pihaknya khuatir apa yang berlaku di Perak boleh menular ke negeri-negeri lain seperti Kedah.

“Dulu pun kita ada masalah seperti ini, namun keadaan ini lebih teruk sekarang.

“Ini kerana ada pihak tertentu yang seolah-olah mengajar golongan muda supaya jangan menghormati institusi beraja di negara ini,” jelasnya.

p/s; aku pun xpaham kenapa org zaman kini tak hormat ngan RAJA2…aku tok org swak pun masih hormat ngan RAJA2…..kenak perkara tok berlaku…boleh hitung bah dgn JARI..berapa buah jak negara d dunia tok yg ada RAJA BEPERLEMBAGAAN…..n kenak ktk x menjujung RAJA2 kita…da dr trn temurun raja…memipin kita…erm patut juak la MAJLIS RAJA2 mempertimbangkan perkara tok…….

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: